November 30, 2015

Pengalaman Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan


Assalamualaikum...

Agak lama rasanya aku menyepi dalam menulis dalam blog ini..Pastinya ramai peminat novel blog aku menunggu entry baru dalam blog ni..*ada ke peminat?



Alhamduliilah selepas aku menamatkan pengajian aku selama 3 tahun dalam bidang perikanan di UMT..aku ada mendapat tawaran temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sememang keluarga aku amat menggalakkan dan menyokong untuk aku memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan. Sememangnya banyak kelebihan yang boleh diperolehi apabila kita bekerja di sektor kerajaan. Orang tua kata masa depan lebih terjamin. Aku sendiri merupakan anak kepada kakitangan kerajaan..Bukan aku taknak kerja di sektor swasta, kedua-duanya ada pro dan kontranya..Namun aku lebih memilih untuk bekerja di sektor kerajaan.Pada mula aku fikir nak sambung belajar lagi, sambung degree..atas sebab teknikal dan kelewatan menghantar borang, permohonan aku tak dapat. Aku pun menghantar permohonan untuk menjadi Penolong Pegawai Perikanan, yang mana selayaknya dengan diploma yang aku perolehi.

Waktu itu tahun 2013, ini merupakan kali pertama aku ditawarkan temuduga, memang takda pengalaman..Persediaan tetap aku lakukan seperti membaca ebook temuduga kerajaan. Baca balik nota-nota masa belajar dulu, malangnya nota yang tersimpan dalam laptop sudah terpadam disebabkan laptop aku waktu sebelum final rosak dan perlu diformat. Jadi bacalah nota-nota tulisan yang ada. Sampai jer hari temuduga, penemuduga lelaki dan perempuan..Penemuduga perempuan sememangnya agak tegas..Sampai sekarang aku takkan boleh lupa di soal tentang isu semasa, NKRA

Alamak! Apa aku nak jawab ni...

Memang waktu tu aku tak boleh jawab..bila tanya tentang kualiti air (masa praktikal dulu jaga kualaiti air) pun aku tak dapat jawab jawapan yang betul.lagi la haru biru..Aku pasrah memang tak dapat.

Tahun 2014, alhamdulillah aku masih berpeluang menghadiri temuduga jawatan yang sama.. namun, berdasarkan pengalaman yang agak kurang, kerana aku hanya mempunyai pengalaman tiga bulan praktikal..Waktu tu jugak aku tengah agak sibuk menguruskan hal keluarga.. Dan dia ada jugak cakap aku sekarang ni mahir dalam bidang pengkeranian..memang jujurnya aku bekerja sebagai seorang kerani..yela takkan nak duduk mengganggur kat rumah..kalau aku cakap aku menganggur mesti penemuduga tu akan cakap kenapa tak cuba berniaga..Ok aku redha jer..dapat alhamdulillah...pernah aku cakap dekat penemuduga tu..kalau aku tak dapat jugak aku akan cuba lagi sampai dapat..biar sampai lima kali takpe...


Kadang-kadang aku fikir, mungkin diorang lagi prefer untuk amek orang lelaki, sebab senang mungkin, sebab rata-rata yang dapat temuduga tu kawan aku semua lelaki..entahla..rezeki masing-masing...umur pun dah 23(2015) tahun  depan 24 dan nak suku abad..kalau nak belajar lagi umur berapa nak habis, bila la aku nak dapat kerja...dan aku pun berfikir, mungkin aku harus terjun ke bidang lain..aku pun isi permohonan untuk latihan separa perubatan..mana tau rezeki aku..alhamdulillah...dapat peluang peperiksaan online.dan di panggil temuduga...

beberapa hari sebelum temuduga tu aku pun study, beli ebook..baca nota dari ebook tu..banyak jugaklah membantu dalam exam online..tiba hari temuduga tu takda pun satu soalan berkaitan perubatan..istilah perubatan ke..atau nama menteri...antara soalan-soalan spot...antara soalan yang dapat aku kongsikan ialah..

Selepas beri salam, berdebar jugak..takpe la ni kan dah kali ketiga..buat biasa jer..redha dan tawakal jer..

Ok, cik Nurfariza yer, perkenalkan diri?
aku pun cerita..nama, asal mana, adik beradik berapa..umur berapa...


Awak dulu sekolah dekat mrsm batu pahat yer...bagus2..
Ceritakan pengalaman awak dalam bidang perikanan perubatan..
aku pun mulalah cerita aku yang panjang lebar..... 

Sejujurnya saya memang takda pengalaman dalam bidang perikanan perubatan *asyik nak tulis perikanan jer
Awak tak pernah jaga orang sakit ke?
Pernah, tahun lepas mak saya eksiden, sebulan lebih saya duduk hospital jaga mak saya..bla-bla-bla..ayah saya pun tak berapa sihat... tapi memang pun aku tak tipu ayah aku memang tak berapa sihat..sebab dia ada sakit buah pinggang dan memerlukan dialisis 3 kali seminggu.
cakaplah saya nak bantu keluarga..family...(biasanya diorang akan pilih orang-orang yang nak bantu family, orang susah) aku baca kat blog la..aku cakaplah aku dah pernah pergi 2 kali interview dalam bidang aku..tapi tak dapat, jadi apa salahnya aku cuba dalam bidang yang lain..

Ada sedara mara keje kementerian kesihatan tak?
aku cakap la ada 5 orang sepupu nurse swasta, sorg nurse kerajaan...sorang mak cik aku pembantu kesihatan...blablabla.....

Ok dah...takda dah soalan..aku pelik jugak...maybe diorang nak cepat kut..masa tu dah nak pukul satu petang..nak lunch hour dah...

Last sekali dia tegur,masa ni aku dah bangun nak amek file nak keluar dah..dia tanya.. dah lama ke pakai cermin mata..cuba baca ni tanpa pakai cermin mata.
aku pun cakaplah, saya rabun teruk sikit..dari darjah lima saya dah pakai..

Kalau belajar lagi ni cermin mata hilang macam mana..
hehehe..tu jela aku jawab...



harap-harap aku dapatlah interview ni...nak tau next story tunggu next entry la..

No comments:

Post a Comment